Kelas prep pada petang itu Qin habiskan dengan menyiapkan kerja rumah dan menyalin senarai kerja yang perlu disiapkan oleh Tyah. Mira masih belum pulang dari Solat Zohor. Kelas 4 Delta pada petang itu sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas dan kerusi ditolak beberapa kali.
Ifq, ketua kelas mereka awal-awal lagi sudah syahid berjemaah bersama pelajar lelaki yang lain. Penat sangat agaknya kerana didenda oleh Cikgu Izmin, guru matapelajaran Kimia mereka. Qin tergelak sendirian teringatkan kejadian pagi tadi.
“I want the boys to stand and face the board behind the class. Pop quiz. Each and every one of you must tell me the symbol for each ** in the periodic table.” Cikgu Izmin tersengih gembira.
Ifq, Adam, Lut,dan Mizi masing-masing menepuk dahi kerana tidak mengulangkaji matapelajaran Kimia semasa kelas prep malam semalam. Itulah, ketawakan pelajar perempuan lagi bila semua kalut menghafal periodic table.
“Lutfi! Give me the symbol for Oxygen.” Cikgu Izmin tersenyum. Lut menghela nafas lega mendapat soalan mudah.
“O, cikgu.” Lut terus bersuara.
“Pardon me?” Cikgu Izmin pura-pura tidak mendengar.
“Er.. the symbol for oxygen in the periodic table is O, sir..” Lut gagap. Namun jawapannya tetap diterima. Seorang demi seorang gagap menjawab soalan Cikgu Izmin. Akhirnya, tiba giliran Ifq.
“Ahh, Mr Rifqi Haris, the class clown. I bet you’ll answer my question easily.” suara Cikgu Izmin yang serius membuatkan Ifq gugup. “What is the symbol for Pottasium, Mr Rifqi Haris?” soal Cikgu Izmin.
Ifq gugup. Dia memandang Qin yang berada betul-betul dihadapannya. Dia membuat isyarat menanyakan apakah jawapannya. Qin mencuba pelbagai cara untuk memberitahunya.
“Rifqi Haris?” suara Cikgu Izmin memecah sepi. Ada yang sudah mentertawakannya. Ifq gelabah.
“er.. the symbol for potassium in the periodic table is.. is..” Ifq gagap. Cikgu Izmin menghampirinya.
“Do remember boys, if Rifqi Haris here fails to give me the answer, then you’ll be finishing your after Zohor time stacking the bricks behind the hall..” Cikgu Izmin mengingatkan janji mereka pada awal tahun.
Pelajar lelaki sudah mengeluh manakala pelajar perempuan sudah pun mula mentertawakan pelajar lelaki. Riuh rendah dibuatnya.
“We’re waiting, Mr Rifqi..” Cikgu Izmin kini betul-betul disebelahnya. Qin memerhati muka Ifq dan Cikgu Izmin silih berganti. Nak ketawa pun ada.
“The answer is.. is..” Ifq kelihatan cuak. Qin menahan tawa bersama Aa dan Pusha. Cikgu Izmin kini sudah berapi. “The answer is….” Ifq menarik panjang.
“Is what?!” Cikgu Izmin terus memotong sambil menghentak meja Qin.
“Iskandar!” pantas Ifq menjawab. Siapa sangka, lelaki macho seperti Ifq pun melatah. Satu kelas sudah gamat dengan tawa. Qin, Aa dan Pusha awal-awal lagi sudah ketawa terbahak-bahak melihat riak muka Ifq yang sangat priceless!
Cikgu Izmin pun tak terkecuali dalam mentertawakan Ifq walaupun dia sudah sedia untuk mendenda kesemua pelajar lelaki kelas 4 Delta. Cikgu Izmin ketawa sambil menggelengkan kepalanya dan terus ke meja guru.
“Sit down, Rifqi. Class, mind telling Mr Rifqi what the answer is?” Cikgu Izmin menyilangkan tangannya dan menyandar ke meja guru.
“The symbol for potassium in the periodic table is K!!” satu kelas menjawab serentak bercampur gelak tawa. Darah menyirap ke muka Ifq. Malu!
“Alright class, until the next time. Boys, do remember our deal. 2.30 sharp, behind the hall. Thank you class.” Cikgu Izmin bersuara sambil ketawa dan terus keluar dari kelas 4 Delta.